AL QUR'AN DAN TAREKAT
5/09/2017
Pada awal mulanya Isiam tidak mengenal ilmu atau
gerakan batin, yang pada waktu ini biasa dinamakan mystik. Nabi Muhammad membawa Quran yang mengajarkan bahawa Allah itu pembuat undang-undang dan hakim dalam memberi perintah (amar) yang harus di-
kerjakan oleh manusia dan mengadakan larangan-larangan (nahi) yang harus dijauhkan oleh hambaNya. Maka oleh kerana itu barang siapa mengerjakan perintah itu diberi ganjaran dan barang siapa yang melakukan
pelanggaran atas perintahNya ia akan dihukum dengan siksaan. Selanjutnya Quran menggambarkan syurga sebagai balasan pahala dengan segala kesenangan di da-
lamnya dan neraka sebagai tempat penyiksaan bagi mereka yang ingkar akan segala perintah Tuhan. Dengan gambaran kekejaman yang akan diderita oleh mereka itu. Dengan pelajarannya ia menanam dalam jiwa orang Islam keyakinan kepada hari kemudian, kepada pemba lasan baik dan jahat, dan menanam rasa takut kepada
Tuhan terhadap pertanggungan jawab pada hari kebangkitan itu, perasaan dan keyakinan yang mendorong manusia berbuat baik dan beramal salih. Pelajaran Quran yang berlaku untuk semua manusia dengan tidak membedakan peribadi masing-masing pada permulaan Islam
itu telah cukup menuntun kehidupan batin jumlah kaum Muslimin yang terbatas.
Tetapi lambat-laun agama Islam bertambah luas
daerahnya dan pemeluknya pun bertambah lama bertambah banyak. Islam lalu menampung perasaan-perasaan dari luar, dari pemeluk-pemeluk yang sebelum Islam menganut agama-agama yang sudah mendalam hidup kebatinannya dan telah mengikuti ajaran mystik, keyakin-
an mencari-cari hubungan perseorangan dengan ketuhanan, dalam bermacam-macam bentuk dan corak yang ditentukan oleh agamanya masing.masing. (D.A. Rirvkes.
Abdoerraoef van Singkel, Acad. Proefs. Rijks-Univ. Lei-den, 1909 hal, 1 e.v.).
Perasaan mystik ini sudah terdapat dalam kalangan
umat Islam sejak abad ke IÏH. Faham-faham baru yang dibawa oleh bangsa India, yang sebelumnya beragama Hindu, oleh orang-orang Farsi, yang sebelumnya beragama Zoroaster dan orang-orang Syria yang sebelumnya beragama Masehi, dengan tidak ketahuan masuk ke dalam kehidupan kaum Muslimin, kerana pada mereka kasih terus terdapat kehidupan batin yang ingin mencari kedekatan diri peribadi dengan Tuhan. Tidak hanya keyakinan rohani yang tersembunyi, tetapi juga
kelakuan jasmani mereka kadang-kadang ternampak nyata. Gerak-gerik ini makin sehari makin luas mendapat sambutan dari kaum Muslimin, meskipun mendapat
tentangan dari ahli-ahli dan guru agamanya.
Maka dengan jalan demikian berbagai-bagai aliran
mystik ini, yang pada permulaannya ada yang berasal aliran mystik Masehi, Platonisme, Farsi dan India, perlahan-lahan mempengaruhi aliran-aliran di dalam Islam. Tidak usah kita terangkan bahawa sebagai masuknya filsafat Yunani ke dalam Islam, begitu juga masuknya aliran mystik ke dalam agama tauhid ini mendapat perhatian dari ulama-ulama Islam, yang senantiasa mengawasi dan berdaya-upaya agar ajaran-ajaran yang di-
anut itu tetap murni dan bersih, sesuai dengan isi Al-Quran dan Sunnah Rasulnya.
Mari kita bicarakan sifat-sifat dari aliran-aliran
mystik ini. Jikalau kita perhatikan dengan seksama aliran-aliran mystik ini, maka yang lebih dahulu tampak kepada kita ialah, kehendak hendak mengasingkah diri dari dunia ini, yang sesuai dengan ajaran Masehi, dianggapnya
suatu tempat yang penuh dengan dosa dan kekejaman. Kemudian yang banyak kelihatan juga sebagai tanda-tanda pada aliran mystik ini ialah kegiatan mengucapkan kata-kata dan lafaz-lafaz yang tertentu mengenai pujian-
pujian, dan juga menyerahkan diri yang tidak terbatas (tawakkal) kepada Tuhan, sehingga merupakan tidak acuh lagi kepada dunia bahkan kadang-kadang tidak acuh lagi kepada dirinya sendiri, sehingga ia lupa kepada makanan, pakaian dan kadang-kadang kewajipan du-niawi. Seorang mystik yang sesungguh-sungguhnya ha-nya meletakkan seluruh hidupnya kepada Tuhan.
Tidak jarang terjadi bahawa mereka berjalan me-
ngembara dari satu daerah ke daerah yang lain dengan pakaian compang-camping,. kerana ingin merendahkan diri dalam segala hal terhadap Tuhan. Oleh kerana mereka acapkali bertapa bersepi diri dengan memakai pakaian dari kulit-kulit berbulu (dalam bahasa Arab suf), maka mereka acapkali dinamakan sufi, artinya orang yang memakai pakaian yang berbulu dan aliran faham mereka dinamakan sufisme atau dalam bahasa Arab ta-sawwuf, sehingga nama ini dalam Islam dipergunakan pada mulanya untuk menyebut segala macam aliran yang seperti itu.
Ada aliran-aliran yang berikhtiar untuk mendekat-
kan diri kepada Tuhan mencari daya-upaya mendapat suatu keadaan fana, fenyap dari segala perasaan kedu-niaan ini dan dengan demikian konon mereka akan lekas tercapai maksudnya berdampingan dengan Tuhan (mu-raqabah, musyahadah). bersatu dalam kasih-sayang de-ngan penciptanya, keadaan biasa dalam ibadah, pera-saan khusyu' saja tidak memuaskan lagi bagi mereka itu. Maka oleh kerana itu mereka mencari jalan-jalan yang memberikan kepadanya kekuatan ghaib seperti bertandak berkeliling atau mengayunkan badan atau ke-palanya atau anggota badannya yang lain, menurut ca-ra yang tertentu. Ada juga yang mencari jalan dengan melatih fikirannya terus-menerus mengingat kepada Tu-han atau dengan jalan berpuasa atau berjaga malam
atau dengan jalan mendengar nyanyian atau musik atau dengan jalan mengambil nafas dalam asap kemenyan atau minuman-minuman yang melenyapkan akalnya atau salah satu jalan yang lain, sehingga mereka mencapai suatu kepuasan jiwa menurut kehendaknya. Tidak jarang terjadi bahawa di dalam melakukan hal-hal yang tersebut mereka pingsan, yang dalam ilmu tasawwuf bisa disebut zauq dan dalam keadaan inilah
konon katanya mereka dapat bertemu dengan/dan melihat Tuhan (muraqabah dan musyahadah).
Orang-orang yang istimewa, yang acapkali dinama-
kan kekasih Allah konon dengan ibadah-ibadahnya yang semacam ini dan dengan kesucian dan kebulatan jiwa-nya dapat mencapai tingkatan yang demikian rupa, sehingga terangkatlah perbatasan (hijab) antaranya dan antara Tuhannya. Dalam sejarah mystik terkenal nama Al-Hallaj yang berkeyakinan bahawa ia. Tuhan dan kebenaran (hak) sebenarnya suatu perkara yang tidak da-pat diceraikan antara satu sama lain. Al-Hallaj dihukum
mati di Baghdad kerana keyakinannya dalam tahun 310 H. atau 922M. sebagai seorang tersesat, tetapi murid-muridnya, yang menganggap dia itu tetap seorang suci dan meneruskan ajaran-ajarannya. Cerltera-ceritera yang semacam ini terdapat hampir seluruh dunia Islam. Juga di indonesia terkenal ceritera yang seperti itu, mi-salnya ceritera Syeikh Siti Jenar di Jaw a dan ceritera Mans-ur Fansuri di Aceh.
Lama kelamaan terjadilah berbagai-bagai firkah
mystik yang masing-masing dipimpin oleh gurunya dan masing-maajng mempunyai falan dan cara sendiri-sen-diri menuju mencari agama yang hak, yang satu ber-beza dengan yang lain dalam cara beribadat, dan ber-beza cara ini terutama keiihatan dalam sebutan-sebutan zikir dan hai-hal yang lain seperti tersebut di atas untuk mencapai kepuasan jiwa. Guru-guru yang mendirikan firkah-firkah ini sangat dihormati dan mereka itu menetapkan cara-cara dan jalan-jalan kehidupan agama. Maka oleh kerana itu golongan-golongan ini lalu di-
namakan tharikah, yang bererti jalan yang harus ditem-puh oleh pengikut-pengikut dari firkah-firkah yang ter-tentu itu. Di indonesia umumnya dinamakan orang tarekat dan tarekat ini berpengaruh sekali dalam cara berfikir keagamaan anak negeri.
Tidak heran kerana banyaknya tarekat itu dengan
ajaran-ajarannya yang sangat bergantung kepada guru-gurunya, kadang-kadang menyimpang dari ajaran-ajar-an Islam yang biasa, sehingga baik pemerintah maupun aliran ulama pemimpin-pemimpin Islam sangat berhati-hati dalam mengikuti jalannya tarekat-tarekat tersebut.Tidak jarang terdapat terutama di Indonesia aliran-alir-
an batin yang dalam praktik-praktiknya jauh menyim-pang dari ajaran agama Islam yang sebenarnya, sehingga hampir membawa kekufuran.
Tetapi dalam pada itu terdapat tarekat-tarekat yang
terpimpin dalam garis-garis Islam, yang memerintahkan kepada pengikut-pengikutnya menjalankan peraturan-peraturan Islam dengan sebaik-baiknya. Peraturan-per-aturan daripada tarekat semacam itu ditaati sungguh-sungguh, kerana salsilahnya dihubungkan kepada ajar-an-ajaran Nabi, yang dianggap mula-mula mengajarkan ilmu tasawwuf itu, melalui menantunya Sayyidina Ali dan waü-wali yang lain, yang menggerakkan tarekat-tarekat ini pada permulaannya. Dafam tarekat-tarekat se-macam ini biasanya tidak terdapat perkara-perkara yang sangat dirahasiakan atau janji yang memberatkan kepa-da pengikut-pengikutnya, selain daripada apa yang ter-dapat dalam ajaran-ajaran Islam biasa.
Dalam membersihkan dan meluruskan tujuan tare-
kat atau tasawwuf itu, tidak dapat dilupakan jasa se-
orang guru besar dalam ilmu batin, yaitu Al-Ghazali,
yang meninggal dunia pada tahun 505H. (1111M.) Al-Ghazali boleh dianggap salah seorang yang besar peng-aruhnya terhadap gerakan mystik dalam Islam, seorang ahli dalam agama, tetapi juga dalam hal-hal yang ber-sangkut dengan dogma. Bertahun-tahun ia mengemba-ra mencari kebenaran dalam agama dan mencari jalan untuk menghidupkan ajaran Islam itu dalam jiwa pe-nganutnya, sehingga dapat membiakkan amal dan ibadat
untuk kebahagiaan perikemanusiaan dunia dan akhirat. Terutama dalam 'kitabnya yang termasyhur "Ihya Ulu-muddin" (menghidupkan pengetahuan agama), ditunjukkannya jalan-jalan untuk mencapai kebersihan batin yang sebenarnya menurut ilmu tasawwuf. Al-Ghazali ialah orang yang pada umumnya tidak menentang bertarekat, yang gerakannya dalam masa hidupnya sangat luas, dengan syarat bahawa orang harus
hati-hati sekali dalam memilih guru-guru dan pemimpin-pemimpinnya yang seluruhnya dapat dipercayai tentang ketauhidan dan keislamannya. Tetapi di samping itu takdapat disangkal ia seorang yang berpengaruh dalam memperjuangkan mystik dan ethik Islam. Menurut ke-yakinannya segala sesuatu itu kembali kepada kecinta-an hati, sehingga segala peraturan dan pengetahuan aga-ma bagaimanapun indahnya, tidak akan membawa buah yang lazat, kecuali jiwa itu disucikan oleh kecintaan ba-tin terhadap Tuhan. Sejak itu kehidupan mystik mendapat sambutan yang baik dalam kalangan kaum Muslimin.
Kitab-kitab Ghazali dipelajari orang dan diulas. Ti-
ap pembicaraan mengenai tasawwuf nama pujangga Islam yang besar ini tidak pernah dilupakan orang.
Untuk kesempurnaan mari kita sebutkan di sini be-
berapa nama tarekat yang terkenal. Nama-nama tarekat itu biasanya terambil daripada nama-nama guru-guru yang mendirikannya.
Demikianlah dalam abad ke XVI dan XVIIM. sa-
ngat dikenal orang tarekat Syattariyyah dan ajarannya tersiar dalam daerah-daerah yang luas. Kemudian timtaii pula tarekat Kadiriyyah atau Naksyabandiyyah, yang per-
tama menurut nama pendiriannya Syeikh Abd. Kadir Jai-lani, yang namanya sudah cukup terkenal di Indonesia
(561H. = 1165M.). dan yang kedua menurut nama Ba-ha-uddin Naksyabandi (719H = 1319M). Dalam pada itu tidak kurang terkenal tarekat Syaziliyyah, yang dinamakan menurüt nama Abul Hassan Syazali (656H. = 1258M). Pada waktu yang akhir ini sangat terkenal pu-ra tarekat Sammaniyyah, yang pada abad yang lalu ba-nyak mempunyai pemeluk-pemeluknya. Sementara itu
di Afrika Tengah dan Afrika Utara terdapat tarekat Sanu-sjyyah, yang pemeluknya barangkali sangat tidak ada atau sangat sedikit. Ada pun tarekat Rifa'iyyah yang di-tanahair kita di sana-sini terdapat juga pemeluknya, di-dirikan oleh Ahmad Rifa'i (578H. = 1182M). Salah satu
praktiknya yang sampai sekarang digemari orang di ta-nahair kita, terutama di Aceh dengan nama rapa'i, dan di Padang bernama dabus, adalah cara-cara dan jalan daripada tarekat ini
http://majelisdzikirtqnkampus.blogspot.co.id

0 komentar